Antara muka dokumen bertab

Di dalam bidang antara muka pengguna bergrafik, satu antara muka dokumen bertab (TDI) merupakan satu antara muka yang membolehkan pelbagai dokumen boleh diisi dalam satu tetingkap tunggal, menggunakan tab untuk bergerak di antara mereka. Ia merupakan gaya antara muka yang biasa dikaitkan dengan pelayar web, penggunaan web, penyunting teks dan panel pilihan.Nama TDI menunjukkan kesamaan dengan piawaian Microsoft Windows bagi antara muka pelbagai dokumen (MDI) dan antara muka dokumen tunggal (SDI) tetapi TDI tidak membentuk sebahagian dari Garis Panduan Pengguna Microsoft Windows.[1]